PENGUMUMAN


widgets

20 April 2012

Lagi kisah YB Khazan ADUN Batu Rakit abai rakyat


Kharzan YB Jutawan
SETIU: - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Khazan Che Mat didakwa mengabaikan masalah rakyat miskin terutama di kalangan bukan ahli parti atau penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Siti Jahara(rakyat diabai)
 Seorang ibu tunggal, Siti Jahara Awang, 54, dari Kampung Tepi Kubur Lingai, Batu Rakit kini menghadapi kesukaran mendiami rumah beratap bocor serta berdinding reput.

Menurutnya, kesusahan akibat kemiskinan hidup semakin ketara selepas kematian suaminya Encik Embong lapan tahun lalu.

Dapur jahara
Rumah Khazan
Beliau yang bekerja mengambil upah menorah getah terpaksa menyara hidup tiga orang anak yang masih bersekolah.

“Sejak kematian suami pada tahun 2004, hidup kami anak-beranak semakin susah dan saya terpaksa bekerja ambil upah menoreh getah.

“Pendapatan tidaklah seberapa sangat hingga nak baiki atap bocor dan dinding berlubang pun tidak mampu. Cukup sekadar makan anak-beranak sahaja,” ujar ketika ditemui di rumahnya.

Rumah Jahara
Katanya, sebarang bantuan tidak pernah diterima dengan alasan kerana tidak aktif dalam Umno-BN di kampung.

“Sebelum ini, ketika arwah suami masih hidup kami cuba baiki sikit rumah ini tetapi tidak sempat siap, suami meninggal dulu.

“Nak minta bantuan kerajaan, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai kata kami tidak aktif dengan Umno-BN,” jelasnya.

Menurutnya, Adun Batu Rakit tidak pernah datang bertanya khabar atau mengambil cakna tentang masalah rakyat di sini.
Rumah Jahara
 
Sehubungan itu, tindakan pantas PAS kawasan berkenaan 
segera mengambil cakna dengan menghulurkan bantuan kepada keluarga Siti Jahara tersebut.
Hj.Din
Pengerusi Badan Kebajikan Dun Batu Rakit yang juga Bendahari PAS Kawasan Setiu, Shamsuddin Wahab berkata nasib malang keluarga Siti Jahara mendapat perhatian PAS.

Katanya, bantuan segera peringkat awal ini dengan menyumbang atap serta batu-bata bagi membaiki rumah berkenaan.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti Islam sentiasa mengamalkan konsep Negara Berkebajikan secara menyeluruh.

“Setelah kita (PAS) dengar masalah yang menimpa keluarga Siti Jahara ini, kita segera turun padang dan melihat dari dekat masalah mereka.

“Terbukti, wakil rakyat Umno (Karzan) yang juga Exco Kerajaan Negeri gagal membela nasib orang dalam kawasan dia sendiri. Mereka (Umno) pilih orang dan utamakan untuk orang Umno sahaja,”ujarnya kepada Harakah.

Tambah beliau lagi, YB Karzan hanya tahu mengumpul kekayaan, memang wajarlah kalau YB tersebut dipersoal dengan harta RM 4 juta. Kata orang kampung, Karzan adalah jutawan terbaru dalam Parlimen Setiu.

Beliau menanmbah sumbangan PAS mungkin tidak seberapa tetapi dengan bantuan orang ramai keluarga miskin akan diutamakan.

Beliau yang juga bekas calon PAS di Dun Batu Rakit tahun 2008 menyeru agar rakyat menghukum pemimpin Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, Umno sudah tidak relevan lagi dan perubahan menukar kerajaan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat wajar dilakukan segera.

Abang Heng
Manakala, Ketua Kebajikan PAS Cawangan Kampung Lingai, Ibrihim Mat merayu orang ramai dan para dermawan membantu PAS menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, masalah kemiskinan, anak yatim dan banyak lagi perlu ditangani oleh PAS sebagai sebahagian tanggungjawab sosial parti Islam.

“Saya rayu kepada orang ramai bukan sahaja untuk bantu keluarga (Siti Jahara) ini sahaja tetapi banyak lagi kes-kes kemiskinan, anak yatim dan lain-lain. Saya bertanggungjawab bagi pihak parti di cawangan Kampung Lingai ini,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang sila hubungi Che Rahim Che Harun selaku Bendahari Badan Kebajikan PAS Dun Batu Rakit dengan akaun di Bank Simpanan Nasional (BNS) No. 1110229866270453 atau 014-5344 857.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment